memandangkan bulan ini tiada aktiviti berlansung disebabkan semua pun sibuk, maka adalahlah baiknya jika kita sama-sama mencuba satu hobi baru, masak-memasak..........ok ke?????

Bahan A
1.5 ~2.5 liter air3 batang serai, ketuk pakai hammer5 cm halia, bantai pakai lesung2 cm lengkuas, ketuk pakai tukul5 batang cili padi, ketuk pakai batu3 siung bawang putih, memarkan10 sudu besar sos ikan (aku pakai cap saiton)5 helai daun limau purut, siat-siatkanGaram secukup rasa
Bahan B
250~400 gram udang + sotong + ayam (korang siang dan potong kecik)1 batang serai, nak yang kaler putih je, lepas tu hiris nipis-nipis7 batang cili padi, tak yah ketuk2 daun limau purut, hiris halus1~2 biji bawang merah besar, hiris atau belah besar-besar100~200 gram sayur lobak merah + bunga kobis + petai cina dll5~7 biji limau nipis, korang perah pakai steamroll, amek air dia sahaja5 helai daun ketumbar, hiris halus
Cara memasak;
Masak air sampai mendidih menggelegak. Campakkan semua Bahan A satu persatu, ikut step, setiap step tunggu 30 saat. Dah settle campak, tunggu sampai kuah tu menggelegak semula dan biar selama 3 minit. Lepas tu masukkan garam dan rasa sampai korang rasa cukup masin. Lepas tu korang tapiskan, amek air aje. “Sampah sarap” tu boleh ditongsampahkan. Tapi kalau korang suka periuk korang “meriah”, tak yah buang la.
Didihkan semula air kuah tu. Campakkan haiwan ternakan yang telah disediakan. Tunggu sampai masak. Lepas tu campakkan hirisan serai, cili padi dan daun limau purut. Biar kuah menggelegak lagi. Lepas tu baru masukkan sayur-sayuran. Masak kira-kira 1~2 minit dan matikan api.
Masukkan air perahan limau nipis, masukkan sikit-sikit la dan rasa sampai tahap kemasaman yang korang suka. Kalau kurang masin, korang boleh tambah garam atau sos ikan. Kalau kurang masam, korang tambah lagi la air perahan limau nipis.
Taburkan hirisan daun ketumbar.
Tom Yam Asli telah pun siap untuk disantap! Jangan lupa baca Bismillah sebelum makan!
Yang aku tulis ketuk pakai hammer, tukul dsb tu cum lawak jer. Jangan diikut pulak ya!
Resepi ini saya dapat dari pelbagai sumber, baik dari internet atau pun dari orang perseorangan lepas tu saya adjust sendiri hingga menjadi seperti di atas. Pada yang bujang Roslan, Misram, Jan, Faezah, Azizah, Betsy, Alini dan kawasan sewaktu dengannya tu bolehlah tryyyy........
Filed under:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment