DARAH TINGGI

Darah tinggi.
Apakah yang anda tahu mengenai darah tinggi? Saya rasa rata- rata daripada anda sudah sedia maklum mengenai penyakit yang menjadi lumrah di negara kita. Tanyalah kepada pakcik-pakcik anda, saudara-saudara dan kenalan rapat. Pasti dalam ramai-ramai akan ada yang mengalami tekanan darah tinggi ataupun pernah mengalaminya.

Dan tidak mustahil remaja belasan tahun juga mungkin mengalami darah tinggi. Dan contoh yang terbaik yang boleh saya berikan adalah diri saya sendiri. Saya pernah mengalami darah tinggi sejak tingkatan lima lagi. Ditambah dengan keturunan dan masalah stres dalam pelajaran, saya tidak terkecuali mengalaminya. Alhamdulillah kini saya tidak lagi mengalaminya.

Dan pada post kali ini saya akan memberikan pengenalan mrngenai tekanan darah tinggi. Sebelum itu kita juga kena tahu macam mana untuk menentukan sama ada anda atau saya mengalami tekanan darah tinggi atau tidak?

Pada jantung manusia, terdapat dua tekanan yang boleh diukur iaitu tekanan sistolik dan juga tekanan diastolik. Kalau anda pergi klinik untuk check tekanan darah anda. Doktor ataupun nurse akan ukur tekanan darah anda berpandukan nilai normal 80/120. 80 ialah tekanan sistolik manakala 120 adalah tekanan diastolik. Nilai tersebut adalah untuk manusia yang normal dan tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa ukuran dijalankan.

Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda tidak mengalami masalah darah tinggi langsung. Mungkin dikala anda tertekan atau bersenam tekanan darah anda melonjak naik daripada normal hingga 140/90. Who knows rite? Nilai yang saya nyatakan tadi ialah nilai prehypertension ataupun dalam bahasa mudahnya fasa awal dalam tekanan darah tinggi.

Sekiranya umur anda sudah melebihi 35 tahun. Nilai tersebut adalah normal untuk anda. Tetapi sekiranya anda remaja dan baru berumur 20-an, saya nasihatkan anda untuk terus berjumpa dengan doktor untuk check masalah anda. Apapun anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak rawatan dan cara alternatif yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah darah tinggi ini.

Cegahnya sebelum terlambat...

Darah tinggi merupakan penyakit yang sangat ‘common’ di negara kita. Sekiranya anda sudah sangat maklum dengan penyakit ini, apa lagi yag patut kita buat? Cegah penyakit tersebut sebelum ia menghancurkan hidup anda. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

1.Bersenam
Setiap pagi atau petang anda harus bersenam supaya peluh dapat dikeluarkan. Kalau susah sangat nak berjoging, do something yang dapat mengeluarkan peluh seperti berkebun, menari dan sebagainya.

2.Jangan merokok
Saya sangat-sangat tidak menggalakkan anda merokok. Tidak ada benda yang baik pun dalam merokok nih. Kalau setakat ingin melepaskan tekanan dan nak tunjuk macho, baik tak payah sebab banyak lagi cara lain yang jauh lebih sihat daripada merokok. Bukan sahaja darah tinggi malah ada seribu macam jenis penyakit sekiranya anda merokok.

3.Pemakanan
Kawal pemakanan anda. Jangan main ikut sedap mulut je nak makan semua. Jika sarapan, makan roti atau oat. Dan pastikan anda makan makanan yang mengandungi kurang garam. Ada yang tanya macam mana nak tau ada garam atau tidak dalam makanan tu? Sekiranya anda sendiri yang masak, sudah tentu anda sendiri yang tahu. Dan itulah salah satu sebabnya. Makan di rumah dan kurangkan makan di luar. Kalau nak makan di luar, pastikan anda maklumkan pelayan tersebut supaya jangan letak garam dalam menu tersebut.

4.Gaya hidup
Ubah gaya hidup anda. Pastikan gaya hidup anda kali ini menjadi lebih teratur. Aturkan tugasan-tugasan yang perlu dilakukan. Pastikan anda tahu prioriti dalam tugasan anda. Saya cakap begini kerana selalunya anda selalu mengalami tekanan adalah kerana kesilapan anda sendiri. Mungkin ada faktor lain, tapi pastikan masalah simple sebegini dapat diselesaikan dahulu. Kawal tekanan anda bila anda tension. Banyak cara untuk mengawal stres. Cuma anda sendiri perlu bijak apakah cara terbaik dalam menguruskan stres.

5.Anda gemuk?
Risiko untuk anda menghidap penyakit darah tinggi amatlah tinggi berbanding yang kurus. Kurangkan berat badan anda dengan bersenam dan makan makanan yang seimbang.

Apa yang penting, kesedaran tentang kesihatan anda sendiri perlu dititik beratkan. Bukan orang lain. Semoga tips-tips pencegahan ini menjadi panduan kepada anda dalam menjalani gaya hidup yang penuh dengan cabaran ini.

0 comments: