CUBALAH SAING2 WES.... ACU,CUBA,TRY N TEST DEH...
AIR ASAM MANGGA ROSLAN( Untuk IKAN PARI BAKAR ) | |
|
Bahan-bahan | 1 biji mangga muda [parut] 5 tangkai cili merah 10 tangkai ciliapi 4 cm belacan 1/2 cawan air asam jawa | Cara Memasak | 1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesinkan sekejpa. 2. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan mangga muda. 3. Hidangkan dengan ikan bakar. IKAN BAKAR TOMYAM ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 2 ekor ikan selar daun limau purut jus limau nipis atau kasturi aluminium foil Bahan Mesin 3 biji cili merah 5 biji ciliapi 3 tangkai serai 1 biji tomato garam | Cara Memasak | 1. Gaulkan semua bahan mesin dan letakkan dalam aluminium foil. 2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Bungkus kemas. 3. Bakar diatas dapur atau dalam oven suhu 200'C selama 20 minit. 4. Perahkan limau semasa menghidang. | | IKAN 3 RASA ROSLAN | |  | Bahan-bahan | 1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan] Tepung jagung [untuk salut ikan] 1 labu bawang besar ] mayang 2 ulas bawang putih ] 1 s/b halia Minyak untuk goring ikan Bahan Sos ½ cawan sos toamto 3 s/b sos cili 3 s/b sos tiram 3 s/b air 1 s/k gula Bahan Hiasan 1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] 2 biji cili merah ] 2 biji cili hijau ] mayang 2 biji buah tomato [belah 4 | Cara Memasak | 1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan. 2. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dn kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan. 3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 s/b minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi. 4. Kacau rata sehingga mendideh. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 5. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan. | | HATI GORENG BEREMPAH ROSLAN | |  | Bahan-bahan | 300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis] 2 biji bawang besar - dihiris bulat2 2 biji tomato buah [belah 4 3 biji lada hijau [potong 2 serung] 5 urat kacang panjang [potong pendek] kobis bulat [potong kasar] daun kari minyak garam Bahan mesin 3 cm halia 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 s/b rempah kari daging 1 s/b jintan manis | Cara Memasak | 1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak. 2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak. 3. Masukkan kacang panjang dan kobis. 4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam. 5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula. 6. Hidangkan dengan nasi atau roti. NOTA: sesuai untuk masakan orang semasa mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak.. DAGING GORENG LADA HITAM ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis] 2 s/b kicap pekat 2 s/b tepung jagung ] bancuh 1 cawan air ] 2 s/b lada hitam [tumbuk] 3 s/b minyak untuk menumis garam secukup rasa... bahan tumis [mayangkan/hiriskan ] 5 ulas bawang merah/kecil 2 ulas bawang putih 1 inci halia 1 labu bawang besar bahan hiasan 2 tangkai daun sup ] 2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci 1 biji tomato [belah 6] 2 biji cili merah 2 biji cili hijau | Cara Memasak | 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. 2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut. 3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat. 4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan. 5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti. | | SUP TULANG ala MAMAK ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 1 kg tulang 2 s/b minyak makan 3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 4 biji kentang [belah 4] 1 batang carrot [potong kecil] 1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan] 1 batang serai [ketuk] 2 biji tomato [belah 4] garam bawang goreng air secukupnya Bahan tumbuk 7 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 sm halia 1 s/k lada hitam Bahan rempah tumis 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buak pelaga | Cara Memasak | 1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis. 3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata. 4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut. 5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh. 6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut. 7. Tutup api dan masukkan tomato. 8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang | | RENDANG TOK ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 1 kg daging [potong sebesar 3 inci] 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa] 1/2 cawan kerisik 1/2 biji kelapa [dipotong nipis] >> kakliza x masukkan sebab anak2 tak suka.. 3 s/b gula merah 3 keping asam keping Daun kunyit [koyakkan] garam Bahan mesin 2 s/b ketumbar 1 s/b jintan manis 1 s/b jintan putih 1 s/b lada hitam 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 25 biji cili kering 20 biji bawang merah 5 cm halia 5 batang serai 3 cm lengkuas | Cara Memasak | 1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali. 2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak. 3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata. 4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni] 5. Hidangkan. | | DAGING MASAM MANIS ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 500 daging [hiris nipis] 5 s/b sos tomato 5 s/b sos cili kunyit garam minyak Bahan Hiris 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 biji cili merah 2 biji cili hijau | Cara Memasak | 1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar. 2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut. 3. Masukkan sos tomato dan sos cili. 4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati. 5. Angkat dan hidangkan. | |
| |  | Bahan-bahan | 500 gm sotong sederhana 1 biji kelapa 2 s/b kerisik daun limau purut daun kunyit [jika suka] garam gula minyak Bahan mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai 3 sm lengkuas 3 sm halia 2 sm kunyit hidup | Cara Memasak | 1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak 3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit. 4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering. 5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula. 6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. 7. Angkat dan hidangkan. | | Sambal Udang & Petai ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan] 30 biji buah petai 1 labu bawang besar [potong gelang] ½ cawan jus asam jawa 3 s/b sos tomato Minyak Garam Gula Bahan Mesin 20 tangkai cili kering 10 biji bawang merah 2 ulas bawang putih | Cara Memasak | 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak. 2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak. 3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil. 4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan. | | SWEET-SOUR KETAM ROSLAN
| |  | Bahan-bahan | 4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan] 3 s/b minyak masak 3 s/besar sos cili 6 s/b sos tomato 1 cawan air 1 s/k garam 1 s/b gula 1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu] 2 biji tomato [dibelah] 1 biji telur [pukul sikit] 1 pokok daun bawang [mayang 1 inci] Bahan hiris 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar | Cara Memasak | 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi. 2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh. 3. Masukkan garam dan gula sedikit. 4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh. 5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata. 6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat. 7. Masukkan dalam pinggan besar.. |
| | | | |
0 comments:
Post a Comment