CERITA UNTUK MISRAM

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Misram. Misram tersenyum memandang
  isterinya.
  "Cantik isteri abang hari ni," Misram mencubit pipi Liza lembut.
  "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke
  kampung.
  "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
  Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja.
  "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
  "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali
ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Misram
  berkata kepada isterinya tercinta.
  Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat
jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi
  belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
  "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Misram berkata dalam hati.
  Sedikit demi sedikit Misram menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Misram semakin seronok.
  Misram dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak
ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
   Misram cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Misram masa tu. Terlupa dia sekejap pada
  anak dan isterinya yang sedang tidur.
  "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya.
  "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung
nanti."
  "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,
Liza takut." Liza cuba memujuk Misram supaya
  memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Misram terus memotong bas ekspres di
depannya tanpa was-was.
  "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Misram setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
  "Sudah la tu bang."
  "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia
aaa...."
  Misram terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke
lantai. Misram terus membelok ke kanan untuk memotong
  dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan.....
  BAAANGGG!!!
  "Misram....bangun Ram," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Misram
membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
  "Mak, Misram di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak?
Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?"
  Bertubi-tubi Misram menyoal emaknya. Misram tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Misram menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
  Emaknya memandang Misram tepat-tepat.
  "Macamana dengan isteri Misram mak, Liza?" Misram masih terus menangis.
  PANGGG!!!
  Kepala Misram yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Misram terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
  "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.
Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!
  Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar....
  ...Dan Misram tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut!
  Malu beb!!
  Sekian
  Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi..Ingatlah orang tersayang...

0 comments: