MENGENALI PASANGAN

Menurut penceramah bebas, Shafie Jali mengenali pasangan, bukanlah
bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.Sebaliknya, ia
lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.
iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'.

1) Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih
dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal
semata-mata.Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah
mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.``Sebaik-baiknya untuk mengenali
orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak
hidup, perangai serta
keluarganya,'' ujarnya. Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan
tersebut sesuai atau sebaliknya. Shafie berkata, pada dasarnya,
seseorangitu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab
dengannya. Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya
terjamin akhlak dan agamanya.

2) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan
hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga
mengamalkannya.Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam
akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.``Mereka akan sentiasa
peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina
untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya. Menerangkan pula makna
sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.Ini termasuklah
dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu
diseimbang.``Jika terdapat keturunan golongan atasan,
wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang
dalam.``Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk
seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya.

3) Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah
s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah
di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud
unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis;``Tidak
ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan
mengakhirinya dengan perkahwinan.''

4) Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur
ayat 26; ``Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang
tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang
baik''. Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri
dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh
diterima. ``Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak
ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. ``Tetapi
kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan.
Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin
renggang,'' tegasnya.

Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu
memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini menurutnya,akan
mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka
menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. ``Begitu
juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang
menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin.
``Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang
lembut dan rupa bentuk,'' katanya.





"Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu."

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    mana gambar daripada camera A200?hehehe

    Posted on December 5, 2008 at 2:35 PM