TREND TEKNOLOGI TERKINI; NETBOOK






Kecil dan menawan...Itulah yang dapat disimpulkan apabila melihat "laptop"
di atas.Sebenarnya gambar-gambar di atas adalah dipanggil "netbook" iaitu
keluarga "laptop" yang bersaiz kecil dan berkuasa kecil.Kelebihannya ia
adalah ringan dan saiznya yang kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Nampaknya selain handset...kebanyakan daripada kita mula membawa
netbook ini ke mana-mana.Kebiasaannya ia menggunakan prosessor Intel
Atom 1.6Ghz dan dengan RAM maksima 2GB.Harga yang ditawarkan pula
adalah antara RM 1499-RM 1999.Keupayaannya adalah untuk kegunaan biasa
seperti kerja-kerja menaip atau melayari internet.Kita tunggu apa pula teknologi
terbaru menjelang 2010 nanti...manalah tau nanti laptop boleh sangkut kat telinga je.


0 comments: