ALLAHYARHAM USTAZ MOHAMAD ASRI BIN HAJI IBRAHIM (1969-2009) BELANSUNGKAWA Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4. Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya. Allahyarham adalah vokalis utama Rabbani bersama lapan lagi anggota terdiri daripada Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie, Mohd Asri Ubaidullah, Lokman Abdul Aziz, Rithauddeen Yaakob, Nazrul Azhar Tamrin, Zulkifli Azman dan Affendi Shahabudin Kumpulan Rabbani telah di tubuhkan pada 1 March 1997. Rabbani bermaksud "Yang Arif dan Yang Soleh" atau tafsiran secara umum "ingin mengajak diri, keluarga dan komuniti kepada kebaikan". Dianggotai oleh 9 orang anak muda merupakan penampilan yang melibatkan ahli yang ramai. Ini berobjektif rasa ingin membawa sesuatu kelainan dari sudut penampilan, imej dan persembahan. Kemunculan Rabbani adalah dengan konsep yang tersendiri. Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik melalaui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Mediteranean, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era semasa juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu, ianya ditampilkan dengan alunan muzik ala Melayu Timur dan digabungkan dengan adunan muzik Timur Tengah. Kini Rabbani muncul dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya. Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dan mekar dari semasa kesemasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira bangsa dan negara. Al-Fatihah. Semoga roh allahyarham aman damai di alam sana. Semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang soleh.Salam takziah buat seluruh keluarga, team Rabbani dan teman karib Allahyarham Ustaz Asri.
0 comments:
Post a Comment