MINAL AIDIL WAL FAIIZINN


Orang kata Puasa dan Raya hanya setahun sekali, dan sekali lagi Ramadhan dan Syawal akan berlalu meninggalkan kita seperti tahun-tahun yang sudah. Ketika di bulan Puasa, kita berjaya mengekang diri dari melakukan pelbagai aktiviti harian yang biasa kita amalkan pada lain-lain bulan. Tak kira buruk atau baik.

Kalau diamati dengan sedalamnya, Ramadhan merupakan 'template' atau 'contoh' untuk bulan-bulan yang lain. Dan sepatutnya tiada apa-apa perbezaan. Walaubagaimanapun, memang benar bulan Ramadhan terdapat banyak keberkatan dan kemuliaannya. Dan banyak amalan dan contoh yang dianjurkan untuk kita amalkan bersama, di samping pelbagai email dan kata-kata nasihat yang diterima sepanjang Ramadhan. Dengan doa dan harapan, agar semuanya ini tidak hanya terbatas untuk Ramadhan sahaja.

Jika semua yang kita baca, lihat, dengar dan amalkan sepanjang Ramadhan, dibawa
terus kepada bulan-bulan yang lainnya, bayangkanlah keberkatan dan kemuliaan yang dapat kita perolehi sepanjang tahun, selagi masih ada umur yang panjang. Kita hanyalah manusia yang memang sentiasa melakukan kesilapan. Dan kedatangan Syawal banyak memberi peluang untuk kita bermaaf-maafan sesama manusia. Bagaimana pula sesudah Syawal?

Ternyata, kita semua masih berusaha untuk memperbaiki diri sendiri, untuk kebaikan ummah sejagat. Maka, jadikanlah Ramadhan dan Syawal sebagai contoh bulan-bulan yang terbaik untuk kita menyambungkan usaha-usaha yang mulia ini pada bulan-bulan yang seterusnya.


Akhir kalam admin mewakili yang lain mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri

0 comments: