Sekadar ingin berkongsi....
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan
terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir.
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie
kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih
tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari
cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang
tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan
derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta
ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang
ini jatuh fasik.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia
tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia
baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan
alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya,
faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main
tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa
bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka
insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk
menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah
sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi
terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya
bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki
semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini
terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima
oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun
tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.
Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar
sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki
harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan
dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat
memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh
/ golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam
sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya
dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia
walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.
Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya.
Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan
Allah )
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan
ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang
dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk
dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara
ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.
Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan
Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan
disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9
sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada
kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...
Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam
gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli
jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil
kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...
0 comments:
Post a Comment