TEORI-TEORI KEHILANGAN GURU DALAM DATA

Pelbagai teori kini muncul di perbincangan nyata mahupun

maya berkenaan "kehilangan" guru-guru lelaki di SKDU.Teori-teori
kalau diikutkan akal yang waras agak sukar untuk diterima.
Namun demikian tiada lagi jawapan yang jelas melainkan
pihak-pihak yang berkenaan tampil memberikan penjelasan.

1.NAJIB

Kekalahan mengejut Rumah Biru dalam acara tarik
tali dikatakan menjadi punca Najib keluar daripada
SKDU.Selama 6 tahun Najib mengemudi Rumah Biru
menjadi juara dalam acara tarik tali tahunan SKDU.
Apatah lagi punca kekalahan tersebut dikatakan
disebabkan oleh penyokong Rumah Biru sendiri.
Andaian ini tidak diketahui sejauh mana kebenarannya
namun desas-desus ada tersebar berkenaan cerita ini.


2. RAHMAN MOIN.


Meskipun Rahman adalah kakitangan SKDU bahkan guru data
namun dalam data kantin Abang Hashim (Kantin) tiada tercatat
nama Rahman Moin selaku pelanggan.Abang Hashim selalu
terkeliru siapakah Rahman Moin ini sebenarnya.Ini disebabkan
beliau teramat jarang makan di kantin.Tidak diketahui
sejauh mana kebenarannya.Hanya Rahman,Abang Hashim
dan lauk-pauk di dalam kantin SKDU menjadi saksinya.

0 comments: