PESANAN UNTUK ORG "?"

Ahmad telahmenceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsahdan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishakbin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripadaAl-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telahberwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di manabaginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantinperempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allahs.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yangsentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehinggasentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmudan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripadamemakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini padaminggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu keringdan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dansemasa minggu pertama perkahwinan)."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid didalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanyamaka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengansebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

MANDI WAJIB

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

buat ramaiiii

berita terbaru...kali ni betoi...bukan cobaan...shahrizan bertunang raya nie..

...cincin pertunangan nie...

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA


KEDATANGAN SYAWAL PASTI DI NANTI. SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN KEPADA SEMUA WARGA SKDU, SEMOGA SENTIASA BERGEMBIRA.

KARNIVAL SEBULAN



Setelah sekian lama ia meninggalkan kita kini ramadhan muncul lagi sekaligus memberi peluang kepada kita untuk membina semula kehidupan akhirat yang telah kita lupakan kerana sibuk dengan kehidupan dunia.
Sempena ketibaannya maka marilah kita sama-sama membulatkan tekad dan berazam untuk melakukan yang terbaik dan memperhambakan diri kita seluruhnya untuk mendapatkan keredhaan allah semata-mata.
Sesungguhnya inilah peluang keemasan yang perlu kita raih dengan sebaiknya. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Maka marilah kita melakukan ibadah ini dengan penuh khusu' dan berterusan semata-mata untuk mendapatkan pengampunan, rahmat dan keredhaan dari allah semata-mata...

Jadi jangan berlengah lagi ayuh aturkanlangkah pertama dengan segera sebelum telambat...SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN untuk semua muslimin dan muslimat...

SAMBUNGAN..........






Tersebutlah alkisahnya.... satu cerita, kedatangan school attack yang penuh ria..Membuatkan murid yang berduka menjadi ceria, Selepas exam melanda..

10Q TV3



SCHOOL ATTACK 30.06.2010




Adohai..kecoh hari ni SKT.. Mat Cool banyak membuatkan suasana jadi ceria. 10q

PERKHEMAHAN BUKIT LAGONG

Pada 3-5 Jun 2010 yang lalu...satu acara perkhemahan unit-unit beruniform telah
diadakan di Bukit Lagong....iaitu di Pusat Latihan Belia Bukit Lagong.
Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan telah dijalani oleh peserta-peserta
tersebut.Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa berlangsungnya
aktiviti-aktiviti perkhemahan tersebut


Tak Selamat......





Antara topi keledar yang tidak diluluskan oleh JPJ....

KEJOHANAN BOWLING SKDU 2010

Esok...19 Mei 2010...bakal berlangsung pertandingan bowling SKDU 2010

di Pin Junction; Cineleisure....Perlawanan ini bakal menemukan 5 pasukan
yang sama-sama bakal menunjukkan aksi hebat di gelanggang esok.

motosikal untuk dijual (kegunaan luar biasa)



Kepada De'Utama Club members,,, ada berita baik kerana anda berpeluang untuk mendapatkan sebuah motosikal berkelajuan tinggi dengan harga murah berminat sila tel. no ini.......019-6358835

Selamat Hari Guru

HARI SUKAN SKDU 2010

Hari Sukan SK.Damansara Utama..telah melabuhkan tirainya....Kita tengok keputusan -keputusan
sepanjang hari sukan tersebut berlangsung.

JUARA KESELURUHAN : RUMAH BIRU
TEMPAT KE 2 : RUMAH MERAH
TEMPAT KE 3 : RUMAH HIJAU
TEMPAT KE 4 : RUMAH KUNING

JUARA PERBARISAN RUMAH SUKAN : RUMAH BIRU
JUARA PERBARISAN BADAN BERUNIFORM : PBSM
JUARA HIASAN RUMAH : RUMAH HIJAU

JUARA BOLA SEPAK : RUMAH HIJAU
JUARA BOLA JARING : RUMAH BIRU
JUARA TARIK TALI : RUMAH MERAH

Inilah sebahagian Foto-foto semasa hari sukan tersebut berlangsung:








sihat @ sakit


Iridoscopy
In an iris scan (also called iris diagnosis), scanning shows iris, the colored ring around the pupil of the eye, defects in the body. Iriscopisten assume that each organ in the body is linked to a specific spot in the iris. The iris mirrors the condition of the organs whereby it is visible if the organ functions well or not. Reflexology and Chinese face knowledge are 2 other known methods which both stem from a reflex pattern whereby the hands and feet or facial points are indicated to have a relationship with all other organs of the body. Beneath you see an iris chart of the left eye, the topography of the iris

BERSAMA RAKAN-RAKAN NAKAL TROPICANA




BUAT TATAPAN SAHAJA..

SANTAI PUNYA....

KEMANA GERANGAN


Nampaknya tahun 2010, blog skdupj menjadi semakin suram dan semua rakan2 didapti sangat sibuk sekali. Adalah menjadi harapan agar semua dapat menjalankan tugas dengan tenang dan berdedikasi disamping dapat meluangkan masa sedikit sebanyak untuk memantapkan semula aktiviti untuk tahun 2010. Namun kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan...

LARIAN EMAS

SEMUA PELAJAR AKAN BERLARI UNTUK LARIAN EMAS PERINGKAT SEKOLAH PADA 6 JANUARI 2010...
nak tahu sebabnyaaaaaaaaaaaaaaaa tunguuuuuu

SEKADAR RENUNGAN BUAT SEMUA


Sekadar ingin berkongsi....

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan
terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,
bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir.
Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie
kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih
tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari
cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang
tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan
derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,
tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka
ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia
sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta
ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang
ini jatuh fasik.

Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak
khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia
tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada
sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia
baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan
alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai
dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya,
faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,
tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang
mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.
Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main
tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala
lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa
bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka
insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk
menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah
sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi
terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya
bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki
semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini
terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima
oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun
tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi
kesan apa apa.

Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara
langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar
sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki
harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan
dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat
memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh
/ golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan
sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam
sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya
dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia
walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.
Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya.
Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan
Allah )

Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi.
Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan
ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia
sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia
telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya.
Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali
ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang
dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk
dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara
ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak
hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli.
Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan
Siddiqin. Golongan yang
benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan
disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9
sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada
kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAH
Dimanakah solat kita?
Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam
gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli
jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil
kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain...

MONYET PUN PANDAI BUAT

Ha....tengok video kat bawah ni..monyet pun dah pandai
pasang kad grafik...Tidak mustahil sedikit masa lagi
manusia menjadikan monyet sebagai pembantu-
pembantu mereka di kedai komputer.Bayarannya
pula sekadar upah dengan pisang jer..


NI LAH TEMPAT KU MENGAJAR SETELAH BERHIJRAH DARI SKDU 2006-2009



SALAM BUAT SEMUA... HAAA...HAAAAAAAAAAAAA


NI PUN GAMBAR KITA ORANG JUGA... HAAA...HAAAAAAAAA JANGAN JELOUS ABG BECA... AKU BAHAGIA DISINI....